Rabu, 13 September 2017

Mandi Sampat Mandi Pengantin

Kampung Triang, Kuala Kelawang. Negeri Sembilan

Panca, bekerja part-time sebagai seorang pramusaji di sebuah syarikat katering yang menyediakan perkhidmatan Perancang Perkahwinan yang terkenal dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan dan memenuhi kehendak pengantin. Selama bekerja sebagai pramusaji ini, Panca sudah sampai ke semua bahagian di Negeri Sembilan dan sebahagian Bandar Melaka. 

Panca sangat kagum dengan keindahan budaya dan adat yang wujud di Negeri Sembilan sehinggalah Panca dapat mengenali "Mandi Sampat" ini yang berlangsung di sebuah kampung di Kpg Triang, Kuala Keling. Panca yang sangat berminat dengan ritual adat dan tradisi rakyat terdahulu semakin teruja kerana setibanya Panca di lokasi perkahwinan tersebut Panca diberitahu bahawa akan berlangsung upacara Mandi Sampat.

Pada mulanya, Panca keliru dan tidak faham dengan upacara tersebut. Maklumlah Panca sedang bekerja kenalah Panca perhatikan baik-baik meja tetamu, yang penuh kemaskan, yang kotor cepat singkirkan, dan perkerjaan yang biasa dilakukan oleh seorang pramusaji.

Sambil-sambil Panca bekerja, Panca memerhati beberapa lelaki tua dan umur pertengahan bersama-sama gotong royong mendirikan sebatang buluh yang dibelah empat dan buluh yang tinggi mungkin 6 meter itu dihias dengan bunga-bunga wangi. Di hujung batang buluh yang di atas diselitkan bunga kertas merah jambu. 

Panca berhenti seketika dan sempat berborak dengan seorang lelaki tua yang kebetulan saudara terdekat pengantin.

                                                          ********
Panca : Pak Cik mandi sampat ini mandi apa? Kalau tak buat tak boleh ke?
Pal Cik : Mandi sampat ini sebenarnya upacara restu pengantin daripada kedua-dua belah keluarga lelaki dan perempuan.  Kebiasaan budaya mandi sampat ini dilakukan oleh pasangan di Negeri Sembilan.
Panca : Adakah mandi sampat ini satu upacara wajib atau pilihan kepada pengantin untuk melaksanakannya atau tidak
Pak Cik : Itulah, huh (sambil mengeluh), mandi sampat nih tak pernah kawan-kawan Pak Cik tinggalkan. Semua kami apabila kahwin je akan gembira untuk mandi sampat. Tapi, Pak Cik sekarang tak nampak kesungguhan dan kegembiraa nk-anak muda zaman kini mengamalkan budaya dan adat tradisi turun temurun. 

                                                         *********
Mandi Sampat ini adalah upacara yang menjadi adat untuk memandikan golongan Raja  bagi negeri Sembilan (golongan Undang). Mandi sampat ini dihasilkan  daripada buluh yang dibelah empat untuk mendirikan buluh tersebut. Walaupun upacara ini dinamakan Mandi Sampat, tetapi pengantin tidak akan dimandikan dengan air yang sebenar. Pengantin akan dibasahkan dengan siraman air kelapa muda yang membantu untuk menaikkan seri wajah pengantin.

Panca, cepat-cepat amik gambar tapi x boleh banyak. Setakat ini sahaja Panca bercerita pasal Mandi Sampat, dan semoga segala kekrangan boleh terus menghubungi Panca..

Panca 018 778 3534


Mandi Sampat Mandi Pengantin

Kampung Triang, Kuala Kelawang. Negeri Sembilan Panca, bekerja part-time sebagai seorang pramusaji di sebuah syarikat katering yang me...